9.28.2009

update.....

Hari-hariku kini tidaklah seperti dahulu lagi.
Tiada senyuman dan gelak tawa yang ikhlas keluar daripada diriku ini.
Semuanya hanyalah untuk aku menghilangkan risau dihati keluarga dan kawan-kawanku.

Aku perlukan ketabahanku kembali.
Aku perlukan semangatku kembali.
Aku perlukan senyumanku kembali.
Aku perlukan hidupku yang dulu kembali.
Dan aku juga memerlukan keluargaku seperti dahulu kembali.

Aku rasa ingin kembali ke waktu dulu.
Ketika diriku gembira.
Ketika diriku sentiasa mengeluarkan gelak tawa.
Ketika diriku sentiasa memberikan senyuman.
Ketika semua yang aku sayangi berada disisiku

Aku rindukan suasana hingar bingar dirumahku.
Aku rindukan riuh rendah gurauan dirumahku.
Aku rindukan bunyi gelak tawa dirumahku.
Aku rindukan saat-saat bermesra bersama keluargaku.

Tapi apalah dayaku.
Aku hanyalah merupakan seorang insan yang lemah.
Aku juga tidak terdaya untuk melakukan apa yang sepatutnya aku lakukan.
Kini aku hanya berserah pada Yang Maha Esa untuk menentukan segalanya.

Disetiap laluanku kini hanyalah ada kegelapan sahaja.
Tiada cahaya yang dapat menyuluhkan jalan mana yang harus aku lalui.
Tiada cahaya yang dapat menyuluhkan apa yang ada dihadapanku.
Tiada cahaya yang dapat menunjukkan aku untuk mengelak daripada terluka.

Aku hanya perlukan kebahagian.
Aku hanya perlukan semua yang aku sayangi berada disisiku.
Tiada lain yang aku perlukan dalam hidupku ini selain daripada kebahagian ibubapaku.
Tiada lain yang aku perlukan dalam hidupku ini selain daripada kebahagian keluargaku.
Tiada lain yang aku perlukan dalam hidupku ini selain daripada diriku.

9.10.2009

Isi hatiku yg terpendam selama ini

ya allah...

ujian ape yg sedang kau berikan pada hambamu ini.. ya allah....

apa yg patut ak lakukan dengan semua yg berlaku pada kehidupan ku....

haruskah ak lalui semua ini dengan mengikut kemahuanku ataupun mengikut segala laluan yg telah ditetapkan....

ak tidak kisah kerana bagi diriku ibu bapaku merupakan org yg paling penting dalam hidupku....

ak meninggalkn segala impianku kerana mereka... ak inginkn kebahagian mereka....

walaupun ak merupakan seorg yg terlalu degil tetapi semua tu menunjukkan jiwa ak yg ingin memberontak...ingin mendapatkn ape juga yg ak inginkn.....

ak terlalu di utamakan dan terlalu dipercayai oleh keluargaku....

ak telah dijadikan sebagai harapan utama dalam keluargaku.....

sejak daripada kecik lagi ak telah diberikan harapan dan kepercayaan yg terlalu tinggi....

Ibu bapaku sering meningatkan ak supaya memberikan yg terbaik dalam pelajaranku....

walaupun ak selalu cube untuk memberikan yg terbaik tetapi driku sering melakukan kesilapan....

ak slalu digunakan sebagai contoh kepada semua ahli keluargaku....

ya allah....

adakah ak mempunyai kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi semua ini ya allah....

adakah ak layak untuk diberikan kepercayaan yg terlalu tinggi sedangkan ak sering melakukan kesilapan...

adakah perlu ak meneruskan mengikut laluan yg ditetapkan ataupun mengikut laluan yg ak inginkan....

ak masih keliru... laluan manakah yg harus ak lalui....

ak tidak mahu mengecewakan ibubapaku....

tetapi ak juga mahu mengapai impianku...

ak juga sering dibebani dengan segala masalah yg menimpa keluargaku....

ak tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya....

ak tidak tahu kepada siapa yg harus ak luahkan.....

setelah sekian lama ak masih lagi menyimpan semua kepahitan dalam diriku...

ak tidak dapat untuk mengeluarkan kepahitan itu...

segalanya ak simpan dalam diriku ini kerana pada siapa boleh ak luahkan.....

ak perlukan seorg kawan yg boleh ak luahkan segalanye....

ak perlukan kasih sayang yg membolehkan ak melupakan segala masalahku....

ak perlukan org yg bleh membantuku agar ak lepasi segala masalah yg berlaku....

ak juga ingin gembira....

adakah ak bleh brtahan dengan segalanye...

ya allah kau berikanlah ak kekuatan untuk menempuh segalanye ya allah.....

amin....

9.09.2009

Happy Birthday Ayah...

Ayah maafkan Jamal...
Jamal bkn sngaja untuk tidak berada disisi ayah pada birthday ayah smlm...
Jamal ade keje yg perlu diselesaikan...

selamat ulang tahun yg ke-56 ayah...
semoga ayah sentiasa berada dalam keadaan sihat...
Jamal akan cube untuk menjenguk ayah dalam mase terdekat ni...

Ayah Jamal sayangkan ayah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails