9.28.2009

update.....

Hari-hariku kini tidaklah seperti dahulu lagi.
Tiada senyuman dan gelak tawa yang ikhlas keluar daripada diriku ini.
Semuanya hanyalah untuk aku menghilangkan risau dihati keluarga dan kawan-kawanku.

Aku perlukan ketabahanku kembali.
Aku perlukan semangatku kembali.
Aku perlukan senyumanku kembali.
Aku perlukan hidupku yang dulu kembali.
Dan aku juga memerlukan keluargaku seperti dahulu kembali.

Aku rasa ingin kembali ke waktu dulu.
Ketika diriku gembira.
Ketika diriku sentiasa mengeluarkan gelak tawa.
Ketika diriku sentiasa memberikan senyuman.
Ketika semua yang aku sayangi berada disisiku

Aku rindukan suasana hingar bingar dirumahku.
Aku rindukan riuh rendah gurauan dirumahku.
Aku rindukan bunyi gelak tawa dirumahku.
Aku rindukan saat-saat bermesra bersama keluargaku.

Tapi apalah dayaku.
Aku hanyalah merupakan seorang insan yang lemah.
Aku juga tidak terdaya untuk melakukan apa yang sepatutnya aku lakukan.
Kini aku hanya berserah pada Yang Maha Esa untuk menentukan segalanya.

Disetiap laluanku kini hanyalah ada kegelapan sahaja.
Tiada cahaya yang dapat menyuluhkan jalan mana yang harus aku lalui.
Tiada cahaya yang dapat menyuluhkan apa yang ada dihadapanku.
Tiada cahaya yang dapat menunjukkan aku untuk mengelak daripada terluka.

Aku hanya perlukan kebahagian.
Aku hanya perlukan semua yang aku sayangi berada disisiku.
Tiada lain yang aku perlukan dalam hidupku ini selain daripada kebahagian ibubapaku.
Tiada lain yang aku perlukan dalam hidupku ini selain daripada kebahagian keluargaku.
Tiada lain yang aku perlukan dalam hidupku ini selain daripada diriku.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails