12.30.2009

New Year.....

Masa berlalu dengan terlalu pantas sekali....
sehinggakan ak tidak sedar yang tahun 2009 akan pergi meninggalkan kita....
waktu2 awal tahun 2009 masih lagi dalam ingatanku....
ak rasakan seperti baru semalam tahun 2009 bermula kini ia akan melabuhkan tirainya....

pelbagai perkara yang telah berlaku pada ak sepanjang tahun 2009 ini....
terdapat yang manis dan juga pahit... namun itu hanya sebahagian daripada asam garam hidup....
masa tetap akan berlalu walaupun kita tidak mahu ianya berlalu...
kita harus melaluinya juga....
dan kenangan di tahun 2009 ini akan ak ingat sampai bile2 kerana ianya...
merupakan tahun terakhir ak berada di alam teenagers....
ini kerana tahun 2010 ak akan mula memasuki alam dewasa....

ak harus mula bertanggungjawab terhadap diri ak sendri...
kerana kebanyakkan kawan2 ak.... mereka masih lagi boleh merasakan alam remaja lagi...
kerana kebanyakkan mereka lahir pada pertengahan dan juga hujung tahun....
namun bukan ak... setiap tahun ak lah yang akan mendahului mereka....
kerana ak dilahirkan pada hari kedua untuk setiap tahun.....

walaupun ak merasa seronok kerana dapat mendahului mereka...
namun masih ada perkara yang ak rasa dengki dengan mereka...
tidak kepada kejayaan mereka ataupun kesenangan mereka..
namun hanya pada hari kelahiran mereka...
kerana mereka masih lagi boleh untuk melakukan aktiviti yang mungkin ak tidak boleh lagi lakukan....
namun ak amat bersyukur terhadap semuanya...
kerana ada hikmah di sebalik semua kejadian yang di ingini oleh-Nya....

Pada tahun 2010 ini...
mungkin lagi sekali ak akan merasakan seperti tahun2 yang sebelum ini pada hari kelahiran ak....
menyambut hari kelahiran dengan keseorangan....
tidak ada teman yang mungkin akan menemani ak...
ak tahu yang kengkwn ak mungkin ingat mengenai hari kelahiran ak...
namun itu masih lagi tidak cukup bagi ak....
kerana ak mahukan semua ahli keluarga ak...
bersama dengan ak pada hari itu...
kerana bagi diriku mereka lah yang amat penting sekali...
walaupun ibubapaku serta adik ak bersama dengan ak pada hari itu...
namun masih lagi ada yang ak rasakan perlu untuk ak bersama dengan nya...
pada hari penting ak...
kakak ak serta ahli keluarga ak yang lain...
kerana mereka pernah menyayangi ak ketika ak masih lagi kecil....
ak masih lagi menyayangi mereka....

kepada kengkawan ak.... serta yang membaca blog ak ini....
ak ingin mengucapkan selamat tahun baru...
semoga tahun baru ini akan membawa kesejahteraan dan juga kejayaan pada diri kamu semua...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails